
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan Negotiation Course for Junior Officers bagi pegawai Gred 9 dan 10 dari 10 hingga 12 Februari 2026. Kursus tiga hari ini dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD); dan dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai Kementerian dan Agensi, - sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang dinamik.
Kursus ini telah disertai oleh pegawai daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Perdana Menteri, serta Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa. Penyertaan yang aktif dan komitmen tinggi para peserta telah menyumbang secara signifikan kepada kejayaan kursus ini.
Kursus ini direka untuk memperkukuh kompetensi asas perundingan, meningkatkan keupayaan peserta untuk berkomunikasi dengan berkesan serta mengurus kepelbagaian kepentingan bagi mencapai hasil yang konstruktif. Melalui perbincangan, simulasi praktikal, dan latihan mendalam, peserta membina keyakinan yang lebih tinggi dalam mengendalikan rundingan mengikut portfolio masing-masing.
Kesimpulannya, Negotiation Course for Junior Officers merupakan satu kursus yang bermakna dan berjaya. Kursus ini memperkukuh kemahiran serta keyakinan perundingan peserta; dan diharapkan kemahiran tersebut dapat dipraktikkan dengan berkesan dalam pelbagai skop tugas mereka.

