Isnin, 20 Julai 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

English Writing Workshop

EWW main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menganjurkan kursus “English Writing Workshop” dari 23 hingga 25 Jun 2026 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Kursus ini berlangsung selama tiga hari dengan tujuan untuk mempertingkatkan kompetensi para peserta dalam kemahiran menulis dokumen rasmi dengan lebih jelas dan teratur di tempat kerja.


Bagi membantu peserta dalam memastikan penyediaan dokumen rasmi mereka mengikuti piawaian dan syarat-syarat tertentu, kursus ini telah memberikan penekanan khusus kepada aspek-aspek teknikal dalam penulisan. Kursus ini juga turut membantu peserta untuk mengenali proses penulisan secara berperingkat termasuk elemen seperti pembinaan struktur ayat dan penggunaan tatabahasa yang tepat serta teknik penyuntingan bagi memastikan penulisan kekal jelas.


Pegawai kerajaan yang menyertai kursus ini terdiri daripada pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi iaitu Kementerian Luar Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Institut Kemahiran Sukan Negara, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Sekolah Integriti Kluang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Latihan penulisan yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung dapat memperkukuh kemahiran para peserta bagi menghasilkan dokumen rasmi yang berstruktur dan jelas bagi kementerian dan agensi masing-masing.

                                   EWW 1 EWW 2 EWW 3

fbk

twt

int

tk

yt