
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menganjurkan kursus “Reading Deep, Thinking Sharp” dari 7 hingga 9 Julai 2026 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari dan bertujuan untuk membantu memperkukuh kemahiran peserta dalam membaca dan menilai maklumat di dalam dokumen rasmi secara kritis.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta diberi pendedahan dan mengikuti pelbagai latihan praktikal dalam menganalisis teks rasmi. Di samping itu, kursus ini turut memberikan peluang bagi peserta mengaplikasikan teknik yang dipelajari menerusi aktiviti kumpulan dan pembentangan berdasarkan analisis projek akhir mereka.
Peserta terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi, iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Agensi Nuklear Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Majlis Biodiversiti Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Menerusi latihan yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung, peserta dapat memperkukuh keupayaan membaca dan memproses dokumen rasmi dengan lebih jelas.

