Rabu, 21 Oktober 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Pra-Penempatan untuk Home-Based dan Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM) Siri 5/2026

spkm52026 main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah berjaya menganjurkan Kursus Pra-Penempatan untuk Home-Based dan Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM) Siri 5/2026. Kursus ini telah berlangsung dari 6 hingga 16 Oktober 2026 serta merupakan siri terakhir yang dianjurkan bagi tahun ini.


Seramai 66 orang peserta telah menamatkan kursus ini, yang terdiri daripada penjawat awam Malaysia daripada pelbagai latar belakang serta pasangan masing-masing. Para peserta dijadualkan untuk memulakan penugasan di pelbagai Kedutaan Besar, Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral Malaysia di seluruh dunia.


IDFR merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. IDFR turut menghargai kesediaan para peserta untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil Malaysia di persada antarabangsa.


IDFR mendoakan agar semua peserta dikurniakan kejayaan, ketabahan dan kesejahteraan sepanjang menjalankan tugas di negara penempatan masing-masing. Semoga mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

                                    spkm52026 1 spkm52026 2 spkm52026 3

int

tk

twt

fbk

yt