Ahad, 15 November 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Strategic Communication: Thinking, Language and Interaction

newsline2 3 

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), telah menganjurkan kursus “Strategic Communication: Thinking, Language and Interaction” dari 27 hingga 29 Oktober 2026 di IDFR, Kuala Lumpur.


Seramai 17 orang pegawai Gred 9 dan Gred 10 daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi telah menyertai kursus ini. Antara kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat ialah Kementerian Luar Negeri, Kementerian Digital, Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Meteorologi Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi.


Kursus selama tiga hari ini bertujuan memperkukuh keupayaan peserta untuk berkomunikasi secara strategik dalam konteks profesional dan diplomatik, dengan memberikan penekanan kepada hubungan antara pemikiran strategik, niat komunikasi, pemilihan bahasa dan interaksi.


Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada kaedah mengenal pasti kepentingan, andaian dan perspektif yang mendasari sesuatu pendirian, menetapkan objektif komunikasi, menyusun penyampaian mesej dengan bersesuaian serta menyesuaikan respons mengikut situasi. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk Pertikaian Wilayah Iraq, Krisis Peluru Berpandu Cuba dan strategi menangani perbezaan perspektif. Kursus ini turut merangkumi perbincangan praktikal dan latihan berasaskan senario bagi membolehkan peserta mengaplikasikan konsep serta teknik yang dipelajari sepanjang sesi.


Secara keseluruhannya, kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang pendekatan praktikal untuk berkomunikasi dengan lebih terarah dan berkesan, khususnya dalam menyampaikan pendirian rasmi, menangani perbezaan perspektif serta mengendalikan perbincangan yang sensitif dalam melaksanakan tanggungjawab profesional masing-masing.

                            newsline2 1 newsline2 2 newsline2 4

int

tk

twt

fbk

yt