Selasa, 28 April 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Public Speaking Course

PSC2026 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), telah menganjurkan kursus bahasa Inggeris bertajuk Public Speaking Course pada 8 hingga 10 April 2026 di IDFR, Kuala Lumpur.


Program tiga hari ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan pegawai dalam menyampaikan ucapan secara jelas, yakin dan berkesan dalam konteks profesional. Pada sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada aspek penting pengucapan awam termasuk penulisan, kemahiran penyampaian lisan dan bukan lisan, teknik membina keyakinan diri serta strategi mengurus perasaan gemuruh.


Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi yang telah memperkayakan lagi spektrum dan skop kandungan pada setiap sesi Melalui gabungan sesi penerangan dan latihan praktikal, para peserta berpeluang mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam sesi pembentangan akhir.


Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan IDFR dalam menyokong pembangunan kompetensi komunikasi pegawai kerajaan melalui latihan yang bersasar, praktikal dan relevan.

                                      PSC2026 1 PSC2026 2 PSC2026 3

fbk

twt

int

tk

yt