Isnin, 07 September 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Public Diplomacy Course for Junior Officers 2026

PDJO2026 main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan Public Diplomacy Course for Junior Officers pada 26 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Menara Aras Raya, IDFR. Kursus selama tiga hari ini menghimpunkan pegawai muda daripada pelbagai kementerian dan agensi.


Dalam ucapan pembukaan, Ambassador Hafizah Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan, Rundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), menekankan bahawa diplomasi awam bukan sahaja merangkumi hubungan tradisional antara kerajaan dengan kerajaan, malah turut melibatkan komunikasi, kebudayaan, media, pendidikan, pelancongan, makanan, kepakaran serta kehadiran digital dalam membentuk imej dan reputasi sesebuah negara.


Program dimulakan dengan pengenalan kepada diplomasi awam serta kepentingannya sebagai salah satu bentuk kuasa lunak (soft power) bagi Malaysia. Kursus ini merangkumi dimensi utama diplomasi awam, termasuk diplomasi awam melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), peranan media tradisional dan media sosial dalam membentuk persepsi antarabangsa, serta penggunaan diplomasi digital sebagai medium keterlibatan. Peserta turut didedahkan kepada diplomasi makanan dan peranan kuasa lembut Malaysia dalam memperkukuh kepentingan antarabangsa negara.


Kursus ini turut membincangkan cabaran semasa dalam persekitaran maklumat, termasuk isu hate speech, serta peranan diplomasi ekonomi dalam memperkukuh kepentingan antarabangsa Malaysia secara lebih menyeluruh. Melalui perbincangan, perkongsian oleh pakar dan contoh-contoh yang relevan, peserta digalakkan untuk memahami bagaimana komunikasi yang berkesan dan keterlibatan strategik dapat menyumbang kepada imej serta pengaruh Malaysia di peringkat antarabangsa.


Sepanjang program, peserta telah memberikan penglibatan yang aktif bersama para penceramah serta berkongsi pengalaman masing-masing. Kursus ini menekankan kepentingan diplomasi awam dalam membina persefahaman, memperkukuh hubungan serta mempromosikan imej positif Malaysia dalam kalangan khalayak antarabangsa. Penyertaan dalam kursus ini turut membantu peserta memperoleh pemahaman dan penghayatan yang lebih baik terhadap kepentingan serta impak diplomasi awam.

                                     PDJO2026 1 PDJO2026 2 PDJO2026 3

fbk

twt

int

tk

yt